NOVEL-NOVEL HASIL NUKILAN UMIE NADZIMAH

Saya bukan seorang yang meminati drama-drama tempatan terutama yang telah diadaptasikan. Tumpuan saya pada masa itu adalah pengetahuan am, agak boring juga diri saya ini. Saya terjerat didalam dunia ini pun secara kebetulan. Waktu itu heboh #ktar, Kerana Terpaksa Aku Relakan, drama adaptasi oleh Umie Nadzimah. 

Jadi untuk menghilangkan rasa curiga saya telah membeli buku novelnya. Satu perkataan, 'awesome'. Saya tidak langsung tidak mahu diganggu sewaktu membaca novel beliau. Kebetulan adaptasinya sedang keudara, tidak saya tertinggal walau satu episod. Kalau tertinggal, akan ke tonton untuk mengulang tayang kembali. 

Terang-terang saya cakap, novel beliau amat-amat bersahaja dan wataknya didalam novel beliau semuanya adalah watak hari-harian yang kita akan ketemu. Masalah konflik gembira dan segalanya adalah benda yang kita semua lalui sendiri didalam kehidupan kita sendiri. Beliau telah dapat mengubah persepsi saya terhadap drama dan novel tempatan. Terima kasih kak umie!!! 


NOVEL PERTAMA
PILIHAN MAMA
TERBITAN KAKINOVEL

Novel pertama yang dihasilkan, kesenambunga kepada cerpen yang telah beliau tulis beberapa tahun sebelum ini untuk Mingguan Wanita. Jalan cerita watak-watak didalam novel ini adalah realiti yang telah berlaku didalam kehidupan Umie Nadzimah sendiri. Beliau berkongsi cerita kerana itu sahaja yang boleh dia lakukan untuk semua menjadikan pedoman.

Sinopsis:


Pelbagai cara telah dilakukan untuk mencari calon isterinya, melalui chating, facebook, blind date dan sebagainya. Ada juga yang diperkenalkan oleh rakan karibnya Fazli. Namun, satu pun masih tidak dapat memenuhi kriteria yang diingininya untuk menjadi isteri dan menantu terbaik kepada ibunya. Bukan tiada wanita yang menginginkannya, ramai. Terlalu ramai. Tetapi semua tidak memenuhi syarat-syarat sebagai seorang isteri solehah yang diidamkannya.

Setelah lama menunggu. Si ibu membuat keputusan untuk memilih sendiri menantunya. Dengan terpaksa, si jejaka menurutkan kehendak ibu kerana tidak mahu mengecewakan ibu yang telah bersusah payah membesarkannya. Sebuah ikatan pertunangan telah dijalinkan antara Aiman dengan gadis pilihan ibunya, Aisyah. Walaupun ikatan telah dijalinkan, dia tidak pernah mempunyai keinginan untuk mengenali, melihat, berjumpa dan berbual dengan tunangannya. Pada masa yang sama, secara tidak sengaja, Aiman berjumpa dengan wanita idamannya iaitu wanita misteri yang bernama Adila. Dia membuat keputusan untuk memutuskan ikatan pertunangannya dengan gadis pilihan ibu. Namun, apabila melihat wajah ibunya, dia tidak sanggup meluahkan isi hati. Segala keinginan terpaksa dipendam. Dia terpaksa menunaikan janji  yang telah terpatri. Maka, wanita idaman terpaksa dilepaskan pergi. Setelah bahagia menjelma, datang pula badai yang mengempas hati dapatkah Aiman mengharunginya sendiri?




NOVEL KEDUA
USAI AKU TERIMA NIKAHNYA
TERBITAN KARYASENI

Selepas mendapatkan novel Kerana Terpaksa Aku Relakan, akhirnya berkeputusan akan membeli kesemua bukunya untuk dijadikan bahan bacaan. Kali ini penulisan Umie Nadzimah melonjak ke arah yang lebih berani. Dari percubaan penulisan di Mingguan Wanita ke Pilihan Mama dan akhirnya Usai Aku Terima Nikahnya. Keberanian yang sudah agak disenangi apabila minat menulis mula menular. 


Sedutan 1 : Muka Surat 53
"Is, apa yang kau kedekut sangat tentang Puteri tu? Bagilah aku nombor telefon dia".
"Engkau nak buat apa Khal ? Dia tu sepupu aku. Masih budak lagi. Tak sesuai untuk kau. Banyak lagi gadis educated kat luar sana untuk kau Khal".
"Alaah...Kau ni. Tak sangka pula perangai macam ni. Macam tak suka aje aku nak approach dia . Heh....Is, kau pun tahu aku bukan gay , tapi bukan semua perempuan aku minat. Sepupu kau tu ada aura. Lain. Ada tarikan pada aku. Eh... Aku ni tak cukup hebat ke jika nak jadi sepupu ipar kau ?".
"Sebab engkau cukup hebatlah aku takut Khal. Puteri tu naif budaknya. Kau pun nampak hari itu, dia tu lurus saja. Aku takut orang main-mainkan dia"
" Sampai hati kau Is. Takkanlah aku nak buat yang bukan-bukan. Kau pun kenal hati budi aku kan ? Kita ni dah lama berkawan, takkan berkira sangat. Aku bukan minta kau yang tidak munasabah, sekadar contact number dia sahaja.Yang lain-lain tu aku pandai-pandailah uruskan sendiri. Sekali-kali tak akan menyusahkan kau lagi. Please...Is?"

NOVEL KETIGA
KERANA TERPAKSA AKU RELAKAN
TERBITAN KARYASENI

Hasil nukilan yang telah berjaya diadaptasikan dibawah terbitan Primeworks Studio dan arahan muda dan kreatif Azma Aizal Yusoff. Dibintangi oleh Izreen Azminda dan Amar Baharin. KTAR dalam pendek telah berjaya melekatkan begitu ramai penonton diseluruh Malaysia dihadapan kaca televisyen. KTAR sebenarnya mengambarkan satu cerita keluarga, Datin Sofea dan anak-anak beliau. Cerita keluarga yang kita harungi setiap hari... cerita anak-anak, cerita cinta, cerita konflik didalam keputusan dan pergolakan. Ini yang membuatkan KTAR istimewa dan boleh diterima oleh semua jenis lapisan iaitu lelaki mahupun perempuan, tua atau muda. 

Angkara fitnah dan rancangan jahat emak dan kakak tiri, kehidupan bahagia Indah Halina musnah dengan sekelip mata. Dengan tiba-tiba dia menjadi gadis yang paling malang, sebatang kara dan tidak punya apa-apa.
Dalam kemelut kepayahan, rupanya Tuhan masih menyayanginya apabila dia mendapat perhatian dari seorang wanita kaya dan terhormat, Dato’ Safiya. Tanpa sebarang alasan, Indah Halina mendapat tempat teristimewa dalam hati wanita itu, lalu diberi kasih sayang dan kemewahan bagaikan anak sendiri.
Di rumah banglo itu, bermulanya kisah cinta dongeng di antara Indah Halina gadis kampung yang tidak punya apa-apa dengan Tajul Razin, si dia yang punya segalanya. Perhubungan yang mulanya dingin bertukar menjadi sangat indah apabila dalam hati penuh dengan bunga-bunga  segar berbau harum.
“Kalau layan abang mengantuk, tapi kalau fasal kucing laju aje cakap. Dengan kucing boleh kata rindu, dengan abang tak kata pun?”- Tajul Razin
Dilema cinta bermula apabila adik si jejaka, Tajul Fahin juga menagih cinta pada gadis yang sama. Kemunculan semula bekas tunang Indah Halina dan si gadis serba sempurna Ilyana makin merumitkan keadaan. Sikap ayah dan pakatan musuh juga membuatkan Indah Halina tersepit untuk membuat keputusan yang terpaksa…
“Errr… Abang Zen, kalau Indah jadi adik perempuan abang selama-lamanya boleh, kan?” – Indah Halina
“Kenapa sebut adik perempuan aje? Tak ada impian jadi isteri Abang Zen ke? Abang selalu berangan-angan suatu hari nanti Indah akan jadi suri hidup. Tak sama ke angan kita?” – Tajul Razin


NOVEL KE-EMPAT

DIA.. ISTERI LUAR BIASA
TERBITAN PENULISAN2U

Untuk novel ini, hasilnya agak lebih berani. Berani dari segi watak, penceritaan, susunatur plot. Jika selama ini watak yang ditampilkan lebih kepada lembut, berbudi bahasa, akur kepada ibubapa dalam menentukan kehidupan watak. Ini lebih berdikari, lebih tegas dan wanita yang berani, lantang. Agak berlainan tetapi tidak lari dari kehidupan harian juga. 


SINGLE is simple, double is trouble...
Itu moto hidup Dewi Yusra. Katanya, dia boleh hidup tanpa lelaki, lagi mudah dan tidak serabut otak. Lelaki menyusahkan, suka ambil kesempatan!
Perempuan tak kahwin pun boleh ada anaklah! Bukan spesies angkat-angkat ya, yang asli datang dari rahim Dewi Yusra. Kau gila ke Dewi, ingat nak buat anak tu semudah buat nasi ayam ke? Hesy... Mesti ada jalanlah…
Dewi serius! Walau dengan apa cara pun, Dewi tetap ingin punya anak dari darah dagingnya. Anak yang akan mewarisi syarikat perniagaan Cik NAB a.k.a Nasi Ayam Bonda.
“Aku akan kahwin! Syaratnya aku nak kahwin sampai mengandung aje ya, lepas tu  aku chawNo husband anymore. Sebelum aku sakit hati ditinggalkan, lebih baik aku blah dahulu” - DEWI YUSRA
Maka bermulalah usaha Dewi untuk mendapatkan ‘Suami Sementara­’ dari lelaki baik-baik, gen terhebat, genius dan stok sembahyang atas kapal terbang. 
“Saya Amzar... errr... Radin Amzar yang duduk sebelah you dalam flight dari Heathrow hari tu...” - RADEN AMZAR
Bagai nak tercabut jantung Dewi dengar. Lelaki edisi terhad tu hubungi dia? Macam tak percaya pun ada. Ingatkan lelaki itu akan terus hilang. Tuhan berikan Dewi peluang ke ni?
Berjayakah rancangan Dewi Yusra untuk memerangkap Dr. Radin Amzar, lelaki terpilih  sebagai ‘Suami Sementara’nya untuk seorang zuriat? Bagaimana pula rancangan Kamarul yang terlalu menyintainya?
Temui jawapannya dalam DIA... Isteri Luar Biasa, kisah seorang gadis yang terpaksa bangkit dari peristiwa kelam hidupnya.



NOVEL KE-LIMA
JUJURLAH NIKAHI AKU
TERBITAN KARYASENI

Cerita antara dua darjat, dua agama, dua keluarga yang berbeza latarbelakang dan pemikiran, kasih sayang dan dengki tidak lari dari mana-mana kehidupan, hanya bagaimana kita menghadapinya. Kesetiaan, penghargaan, itulah yang cuba ditampilkan didalam cerita ini. Suka bagaimana apabila heroin dibela nasibnya pada akhirnya.



NURIN ASYFA  ditakdirkan sebagai  gadis ‘istimewa’. Ramai yang menyisihkan kewujudannya termasuklah keluarganya sendiri.  Ada ke lelaki yang akan jatuh cinta dan sudi memperisterikannya? Lelaki yang akan berkongsi hati dan hidup bersama?
“Abang Alan suka Nurin dari darjah satu lagi...”
Itu kata ALAN WONG. Nurin  tahu Alan yang berhati mulia akan menjaga diri dia sebaik-baiknya. Tetapi hanya sebagai seorang adik. Jika kerana cinta, tentu Alan akan usaha mencari Tuhan. Tidak sekufu pegangan, bermakna mereka tidak akan  bersatu.
AHMAD ZANIF... Bos strawberi,  lelaki bajet sempurna serba-serbi. Memanglah Nurin jatuh cinta sangat kepadanya.  Namun bagaimana pula penerimaan Zanif yang menitikberatkan kesempurnaan selama ini?
“Errr... Encik tahu rumah saya?” - Nurin
“Ha... Itu tandanya apa?”- Zanif
Ikhlaskah si strawberi ini menerima Nurin Asyfa seadanya? Sepadankah mereka? Berbalaskah cinta kasihnya? Walaupun dicuba untuk menjadi  kuat dan tabah... ada masanya Nurin lelah untuk terus mengharap ketulusan hati si lelaki.
Tiba-tiba muncul SI QAYYUM, pemuda yang tidak dikenali dan pemuda yang ingin menikahinya dengan rela hati. Demi Tuhan... Qayyum ikhlas dengan niat untuk menjaga dan  melindungi  si malang Nurin hingga hembusan  nafas terakhir.
“Kena baca tiga puluh juzuk al-Quran sebagai mas kahwin...”  Syarat Nurin.
“Apa-apa saja saya sanggup.” - Qayyum.
Milik siapakah ‘Cinta Terakhir’ Nurin Asyfa? Si Alan yang terlalu menyayanginya atau Zanif yang akhirnya mengaku cintakan dia? Ataupun Qayyum yang tidak pernah tahu isi hatinya namun sanggup berkorban apa saja?



Previous Post Next Post