Sync School Messaging Apps |
Bila dapat surat dari sekolah, tajuk 'Sync School Messaging App' Sebagai Media Komunikasi Elektronik Rasmi Sekolah, dalam kepala dok berlarilah ayat 'sync' apa lak ni.
Bacalah kita surat sekolah yang anak bawa balik, rupanya nak kita download apps ke handphone. Ok kalau ianya bermanfaat download ajelah. Dalam hati dan kepala 'curious' tu dah timbul.
Surat Pemberitahuan Umum |
Boleh download dari google play, tidak lama pun. Proses pun agak 'user friendly' atau senang.
- Isikan no handphone kita pada apps yang telah didownloadkan.
- Lepas tu dia minta masukkan kod 4-digit yang dihantar melalui SMS.
- Kena lak buat carian sekolah anak kita. Kalau ada anak sekolah lain-lain pun boleh buat carian tetapi kena tekan 'sync more school'
- Jika dah jumpa sekolah anak kita, tekan sync, kejap aje kita dah sampai ke ruang muka maklumat dari sekolah anak kita.
Carian di Google Play |
Tekan Install |
Masukkan No Telefon |
Tekan Yes |
Kod Aktivasi 4-digit yang akan dihantar melalui SMS |
Kod Aktivasi |
Setelah carian sekolah berjaya dan diPilih |
Bahagian Event |
Bahagian Event Untuk Nyatakan Hadir atau Tidak |
Bahagian Message |
Bahagian Profile |
Maklumat Sekolah
5. Yang saya punya, saya tengok bahagian message, macam-macam surat pemberitahuan ada. Kemudian, event, sini surat pemberitahuan juga tetapi ada option 'akan hadir' atau 'tidak hadir'. Terakhir ialah Profile. Jika masuk sebagai ibu/bapa, profile ibu/bapa, jika guru, profile guru, jika murid, profile murid.
Dah siap. Untuk permulaan, cara komunikasi macam ini boleh lagi diterima. Senang. Tetapi hardcopy masih perlu kerana ada juga ibubapa yang tidak boleh membaca, tidak ada kemudahan smartphone, atau paling tidak pun tidak tahu guna aplikasi ini. Kerana ini masih baru, kita bagilah peluang. Lepas ini kita tengok macamana lak ye.... hahaha
Sync Lab Inc.
No 38 Jln Mozart 3A
Symphony hills
63000 Cyberjaya
Telefon No.
03-8689 4321
016-520 4321
Email.
support@sync.my
Sosial Media