DASHING ELITE MEN SHAMPOO ANTI-DANDRUFF & ANTI-HAIR FALL |
Gaya
rambut yang menarik sangat penting kepada golongan lelaki bagi menyerlahkan personaliti
dan kebiasaannya menjadi tarikan pertama yang menangkap perhatian perempuan!
Bagi mendapatkan gaya rambut yang diidamkan, kebanyakan lelaki memilih untuk
menggunakan produk-produk penggayaan rambut seperti gel rambut, penyembur
rambut, atau yang sedang popular masa kini; wax
rambut, yang sememangnya sukar untuk dicuci sehingga menjadi antara masalah
besar yang dihadapi sebahagian besar lelaki hari ini!
Justeru,
bagi memastikan rambut benar-benar bersih daripada produk penggayaan,
kebanyakan lelaki memilih untuk menambah amaun penggunaan syampu dalam setiap
cucian. Ada juga yang menambah bilangan cucian rambut secara harian semata-mata
untuk menyingkirkan produk penggayaan rambut yang masih melekat di rambut. Ia
berpunca daripada formulasi syampu-syampu di dalam pasaran yang tidak
dihasilkan secara spesifik bagi membersihkan produk-produk penggayaan rambut
lelaki.
Ramai
juga tidak menyedari bahawa meskipun penggunaan syampu secara kerap dengan
amaun berlebihan mampu membersihkan rambut, dalam tempoh jangka panjang, ia
akan melemahkan kekuatan rambut serta menyumbang kepada kemunculan masalah
rambut dan kulit kepala yang lebih serius seperti rambut gugur, kulit kepala
gatal, rambut rosak dan kusam.
Apabila
rambut tidak dibersihkan dengan betul, penggunaan produk penggayaan rambut
secara harian akan mengumpulkan kekotoran yang seterusnya menyebabkan masalah
rambut kering, rapuh dan kusam. Ia juga akan membuatkan anda sukar untuk
menggayakan rambut.
Sebagai
solusi kepada permasalahan ini, ELITE, rakan jenama pendahulu produk penggayaan
rambut lelaki telah melancarkan Syampu
ELITE Men yang diperhebatkan dengan Wax
Out System, yang direka khusus dan terbukti mampu menyingkirkan produk-produk
penggayaan rambut, minyak dan kekotoran pada rambut dan kulit kepala secara
menyeluruh menerusi satu cucian sahaja! Hanya dengan satu cucian, segala
lebihan produk penggayaan rambut dapat dibersihkan daripada rambut.
Berdasarkan keputusan yang
diperoleh daripada ujian penggunaan melibatkan 150 lelaki, 85% bersetuju bahawa
Syampu ELITE Men sememangnya direka khusus bagi menyingkirkan produk-produk
penggayaan rambut secara efektif dengan hanya satu cucian.
SYAMPU
ELITE MEN
dengan formulasi dan pek menarik baharu adalah produk yang mesti dimiliki
sekiranya anda mahukan rambut yang bersih, kulit kepala yang sihat dan gaya
rambut yang menarik setiap hari!
Terdapat
dua pilihan SYAMPU ELITE MEN iaitu –
Antikelemumur dan Anti Rambut Gugur.
Dengan
adanya SYAMPU ELITE MEN Antikelemumur,
anda kini boleh ucapkan selamat tinggal kepada kelemumur dan kulit kepala yang
gatal. Syampu ini sesuai untuk lelaki yang peka terhadap perkembangan fesyen
semasa dan menitikberatkan aspek penampilan serta kebersihan diri. Ia
mengandungi agen antikelemumur dan dengan penggunaan secara tetap, ia dapat
merawat kulit kepala dan membuatkan rambut sihat dan kuat serta dalam masa yang
sama, mencegah pembentukan kelemumur dan pengelupasan kulit kepala. Dengan
menggunakan syampu ini, anda tidak perlu lagi bimbang tentang masalah kelemumur
dan bebas untuk menyerlahkan ketinggian cita rasa fesyen anda. Ia juga
mengandungi mentol untuk sensasi sejuk yang menyegarkan dalam setiap mandian.
Hapuskan
kegusaran rambut gugur anda dengan SYAMPU
ELITE MEN Anti Rambut Gugur. Serlahkan gaya rambut menarik anda tanpa perlu
berkompromi dengan masalah keguguran rambut. Ia mengandungi Advanced
Micro-Protein yang menguatkan rambut dan mengurangkan kerapuhan,
memberikan anda rambut yang lebih sihat dan kuat. Ia juga mengandungi mentol
untuk sensasi sejuk yang menyegarkan dalam setiap mandian. Keyakinan akan
menjadi milik anda apabila menggunakan syampu ini.
SYAMPU
ELITE MEN
dijual pada harga RM11.90 dan boleh
didapati di semua farmasi utama, pasar raya besar dan pasar raya di seluruh
negara.
Kunjungi laman Facebook Elite
by Dashing https://www.facebook.com/EliteEdgyEFX
untuk
mengetahui lebih banyak maklumat menarik.
ELITE merupakan
subsidiari jenama pendahulu Produk Penjagaan Peribadi Lelaki, DASHING, yang menyempurnakan
penjagaan peribadi Lelaki Malaysia dari hujung rambut hingga hujung kaki.