Jejaka
moden hari ini sememangnya menjalani kehidupan yang penuh cabaran. Mereka
inginkan keistimewaan tersendiri dan mahu sentiasa berada di hadapan dalam
hidup. Penampilan segak dan keyakinan
adalah penting kepada jejaka bagi mengatasi cabaran dan menyerlah dalam setiap
keadaan. Wangian maskulin yang unggul merupakan senjata tersembunyi bagi
menyerlahkan keyakinan dan personaliti mereka. Kejayaan seterusnya diraih
apabila mereka mengawal keadaan dan menikmati setiap fasa kehidupan sama ada
dari aspek profesional, peribadi ataupun kehidupan sosial – mereka ialah Jejaka
ROMANO.
Jejaka
ROMANO semestinya cemerlang dalam pekerjaannya. Mereka berkeyakinan tinggi, dan
menguasai setiap perkara yang dilakukan dengan tenang dan berkarisma. Mereka
menjadi tumpuan ke mana sahaja mereka pergi. Dihormati, bersemangat waja dan
sentiasa di puncak, jejaka ROMANO adalah epitome sebenar kejayaan.
Kehidupan
sosial mereka sering dipenuhi keseronokan dan mereka tahu bagaimana untuk menikmati
kehidupan. Seorang jejaka moden yang aktif, ceria dan mesra, jejaka ROMANO
sememangnya menikmati hidup sepenuhnya!
Kuasai
Kehidupan merupakan manteranya untuk berjaya.
ROMANO
Eau De Toilette baharu untuk jejaka moden menyerlahkan nilai tersebut dengan
haruman maskulin sebenar yang tersendiri.
Wanita disekelilingnya pasti tertarik dan menyedari kehadiran mereka. Peranan utama
haruman maskulin ini adalah bagi mengaktifkan tarikan serta menciptakan
keserasian sesama lelaki untuk saling berkomunikasi.
ROMANO
Eau De Toilette didatangkan dalam dua pilihan; FORCE dan UNIQUE untuk
disesuaikan dengan sifat jejaka kontemporari.
ROMANO
Eau De Toilette – FORCE
Ia
mewakili jejaka unggul dengan tenaga hebat yang tersendiri bagi memimpin dan
menyelesaikan segala perkara. Kejayaannya disanjungi ramai, kekal tenang serta
berpengaruh. FORCE menggabungkan ekstrak wangian segar tumbuhan yang menyerupai
bauan semula jadi. Kesegarannya terserlah menerusi ekstrak sitrus bersama aroma
Lavender, yang diadunkan dengan nuansa lautan dan ekstrak maskulin Woody.
Haruman maskulin ini khas untuk jejaka urban aktif yang gemarkan cabaran dan
berjiwa bebas.
ROMANO
Eau De Toilette - UNIQUE
Untuk jejak berkeyakinan tinggi dan penuh
potensi. Sentiasa berada di hadapan dalam apa jua keadaan. Kejayaan dan kebolehannya membuatkan
orang sekeliling tertarik kepadanya. UNIQUE menyerlahkan kesegaran adunan
Lavender dan Bergamot. Wangian disempurnakan dengan ekstrak Woody serta kombinasi Sandalwood dan Patchouli. Wangian
moden ini memancarkan magnetisme, keyakinan dan memberikan aura tersendiri
kepada sang jejaka.
Wangian
ROMANO EDT ternyata adalah sentuhan terakhir bagi menyempurnakan keunggulan
personaliti anda.
ROMANO
Eau De Toilette dijual pada harga RM40.60 dan boleh didapati di semua farmasi
utama, pasar raya besar dan pasar raya di seluruh negara.