Showcase istimewa yang pertama kalinya menampilkan Judika dan keseluruhan kumpulan band beliau di Malaysia menanti pelanggan HyppTV pada 3 Mac 2017 |
Peminat-peminat Judika yang dikenali sebagai ‘Judikaholics’ dan pelanggan HyppTV berpeluang mendapat jemputan istimewa untuk menonton showcase tersebut dengan menyertai peraduan ‘Malam Sensasi Bersama Judika’ di lamani-contest HyppTV, yang boleh diakses menerusi alat kawalan jauh HyppTV bermula 13 Februari sehingga 25 Februari 2017.
Judika merupakan antara penyanyi solo lelaki terbaik di Indonesia dengan suara seraknya yang unik dan tersendiri. Single hit beliau Aku Yang Tersakiti, Bukan Aku Tapi Dia dan Setengah Mati Merindu turut mengungguli carta-carta di stesen-stesen radio di Malaysia.
Mengulas mengenai kolaborasi ini, Jeremy Kung, Naib Presiden Eksekutif, New Media, TM berkata, “Melalui kolaborasi bersama MNC Channel dan Sony Music Malaysia, ia membolehkan kami membawakan penyanyi terbaik tempatan dan Asia secara lebih dekat kepada para pelanggan HyppTV sebagai sebahagian komitmen kami untuk memberi ganjaran kepada mereka. Kami akan terus mengadakan kolaborasi seumpama ini agar kami dapat terus memberi ganjaran kepada para pelanggan untuk menikmati pengalaman hiburan terbaik di HyppSensasi, saluran hiburan tempatan terbaik di HyppTV dserta dengan mengadakan showcase muzikal secara eksklusif untuk pelanggan setia kami.”
Sementara itu, menurut Julius Ng, Pengarah Urusan, Sony Music Entertainment Malaysia, Singapura dan Indonesia berkata, “Ini adalah sesuatu yang amat menakjubkan bagi menyambut kedatangan rakan baik dan rakan sepejuangan kami iaitu Judika ke Malaysia! Peminat-peminat akan menikmati persembahan nyanyian secara langsung terhebat dengan lagu-lagu yang akan dimuatkan dalam album terbaharu beliau selain lagu-lagu hit beliau terdahulu. Kami di Sony Music berasa amat berbesar hati dan mengalu-alukan sokongan daripada HyppTV untuk menjadikan acara ini sebagai sesuatu yang amat bermakna dan berjaya.”
Judika memulakan kerjaya nyanyian beliau apabila mula menyertai program “Indonesia Idol” musim ke-2. Setelah berjaya mengatasi beribu peserta lain dari seluruh Indonesia, Judika telah tersenarai sebagai 10 peserta terbaik. Pada peringkat finale program nyanyian tersebut, beliau telah berjaya mendapat tempat kedua dan sejak itu, beliau terus mengukuhkan kedudukan beliau di dalam industri hiburan.
Bagi Judika, peminatnya adalah insan yang amat istimewa dan akan sentiasa berada di hatinya. Kejayaan beliau membina kerjayanya dalam bidang muzik dan industri hiburan merupakan bukti sokongan berterusan mereka sejak beliau mula berkecimpung dalam kerjayanya. Oleh itu, dalam proses menerbitkan album terbaharu ini, konsep pertama yang diusulkan oleh Judika kepada labelnya adalah untuk melibatkan para peminatnya di dalam proses ini. Justeru, satu pertandingan mencipta lagu diadakan dan “Judikaholics” yang mempunyai bakat dalam mencipta lagu, dialu-alukan untuk menyertai pertandingan ini dan menghantar hasil karya mereka. Pertandingan tersebut telah dianjurkan bersama stesen televisyen tempatan yang turut akan menayangkan program “Malam Bersama Judika”.”
Salah satu daripada lima lagu yang terpilih adalah, “Jadi Aku Sebentara Saja”, sebuah lagu yang telah dicipta oleh Drajat. “Saya amat tertarik dengan lagu ini sejak pertama kali saya mendengar demo lagu ini. Tempo lagu ini sederhana, namun membawa satu tema yang amat berkesan,” ulas Judika.
Keseluruhan komposisi lagu dalam album yang akan datang ini telah diberi kepercayaan sepenuhnya kepada Tohpati, dan dengan sentuhan komposer yang berbakat besar ini, lagu-lagu ini telah diolah daripada bentuk balada dan telah dimasukkan dengan element okestra kepada bentuk rockestra. Daripada versi demo asalnya, Judika telah merombak bahagian ‘bridge’ kepada versi beliau yang tersendiri, menjadikan lagu-lagu ini lebih sesuai untuk beliau. Judika turut berasa sukar untuk menyampaikan beberapa bahagian-bahagian tertentu yang memerlukannya untuk menyanyikan dalam nada tinggi.
Single “Jadi Aku Sebentar Saja” (JASS) mempunyai lirik yang amat bermakna. Jika dilihat dari aspek romantis, ia merupakan sebuah lagu yang amat menyayat hati dan mampu menusuk ke sanubari pendengar. Walau bagaimanapun, apabila dilihat dari aspek yang lebih luas, JASS membawa mesej-mesej yang amat positif, di mana ia mengajar pendengar untuk tidak mempunyai perasaan dengki dan iri hati dengan apa yang dimiliki oleh orang lain. “Acap kali kita merasakan apa yang dimiliki oleh orang lain adalah lebih baik daripada apa yang kita miliki. Kita sentiasa mempunyai keinginan untuk mengikut jejak langkah orang yang lebih berjaya daripada kita. Namun, apabila kita melaluinya, kita mula sedar bahawa realitinya tidaklah seindah yang dibayangkan. Oleh itu, kita haruslah sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada,” kata Judika.
Tidak lama lagi, pelanggan-pelanggan HyppTV boleh menonton rakaman persembahan beliau di HyppSensasi, Saluran 116 dan menerusi aplikasi mudah alih, HyppTV Everywhere semasa Hari Raya pada bulan Julai 2017.
HyppSensasi merupakan saluran tempatan PERTAMA di HyppTV yang menayangkan pelbagai kandungan tempatan menarik berBahasa Malaysia dalam bentuk Definisi Tinggi (HD). Ianya boleh ditonton di Saluran 116 dan pada aplikasi mudah alih HyppTV Everywhere. Salah satu daripada drama bersiri terbitan HyppTV yang telah mendapat rating yang tinggi adalah ‘Syurgaku Tak Sempurna’ yang telah ditayangkan pada 16 Januari 2017, setiap hari Isnin dan Selasa pada jam 9 malam, menampilkan Shah Iskandar, Raja Ilya dan Uqasha Senrose. HyppSensasi HD menawarkan pengalaman tontonan yang terbaik dengan ciri-ciri tontonan interaktif di mana penonton boleh menghentikan, mengulang dan mencepatkan tayangan tanpa dikenakan sebarang caj. Saluran ini ditawarkan menerusi HyppTV Aneka Pack pada harga RM30 sebulan atau secara ala-carte pada harga RM6 sebulan tanpa yuran tambahan bagi Definisi Tinggi. Saluran lain yang boleh didapati di HyppTV Aneka Pack adalah HyppInspirasi HD (Saluran 111), MNC Channel (Saluran 115), Sony Max (Saluran 308) dan banyak lagi.
Aktiviti promosi Judika di KL ‘Jadi Aku Sebentara Saja’ termasuklah beberapa siri temuramah bersama media cetak dan elektronik bermula 1 – 3 Mac 2017. Showcase Judika secara langsung telah dijadualkan pada 3 Mac 2017 (Jumaat), 8.00 malam di West Entrance, IOI City Mall, Putrajaya bersama beberapa artis jemputan seperti Leo Danniel, Farish Irish, Fiqri Jelani, Persis dan Ary Hadre. Layari UnifiTV dan hastag rasmi #JudikaMY2017 untuk berita dan perkembangan terkini mengenai promosi jelajah Judika di Kuala Lumpur.
Untuk maklumat lanjut, layari UnifiTV atau melayari laman media sosial kami di www.facebook.com/hypptv (Facebook), www.twitter.com/unifi (Twitter), dan www.instagram.com/unifi(Instagram) dan www.youtube.com/tmyoutube (Youtube).