Produk-produk yang telah diuji dan terbukti
secara dermatologi ini mematuhi tiga langkah jaminan kualiti Guardian; Jaminan
semula wang turut ditawarkan ke atas hampir 500 produk
Gedung farmasi yang juga peruncit
barangan kesihatan dan kecantikan terbesar Malaysia, Guardian, kini menawarkan pengguna dengan kualiti yang diyakini pada
harga digemari menerusi penambahbaikan produk-produk di bawah jenama “Guardian Corporate Brand”.
Guardian Malaysia mempunyai
lebih 420 buah cawangan dan memberi khidmat kepada lebih 3 juta pelanggan
setiap bulan.
Guardian
mempunyai hampir 500 SKU‘house brand’, atau“corporate brand” produk yang boleh didapati secara eksklusif di cawangan-cawangan
Guardian di seluruh negara. Produk jenama Guardian ini merangkumi setiap aspek
kehidupan daripada kelahiran, bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa, keluarga dan
warga emas.
Produk‘Guardian Corporate Brand’ menjadi pilihan para pengguna di seluruh
rantau ini, termasuklah Malaysia. Ia menyumbang secara besaran ke atas jumlah
jualan keseluruhan Guardian kerana kualiti, tahap keselamatan yang tinggi serta
memberi ketenangan minda dan nilai kepada para pengguna.
Produk-produk ‘Guardian Corporate Brand’ perlu mematuhi
peraturan yang ketat di semua negara di mana ia dijual. Sekali gus memberi
lebih keyakinan kepada pengguna terhadap kualitinya.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif,
Guardian Health
& Beauty Sdn Bhd,Encik Soren Lauridsen, “Ketika
memformulasikan produk-produk ini, Guardian memilih kandungan bahan yang
selamat dan berkualiti tinggi dengan penuh teliti. Semua label yang dinyatakan
itu disahkan melalui dokumen-dokumen sokongan demi memastikan kami dapat
menawarkan produk yang selamat, telah diuji sebaiknya, terbukti dan memenuhi ciri-ciri
yang dimahukan oleh pengguna. Selain mematuhiperaturan setiap badan berkaitan
di semua negara di mana kami beroperasi.”
Jelas Encik Lauridsen lagi,
jaminan terhadap kualiti dengan harga yang berpatutan sememangnya sesuai dengan
peningkatan kos sara hidup di Malaysia.
“Kami memahami kebimbangan
pengguna tentang kenaikan kos sara hidup. Memandangkan jenama korporat ini
dibangunkan dan dihasilkan sepenuhnya untuk Guardian, maka kami mampu
mengekalkan kualitinya. Pada masa yang sama harga yang ditawarkan adalah mampu
milik kerana ia dihasilkan dalam jumlah yang banyak. Komitmen terhadap kualiti
dan melepasi piawaian yang ditetapkan dari segi keselamatan, kandungan dan proses
membuatkan pengguna sangat menghargai produk-produk ‘Guardian
Corporate Brand’. Ini kerana produk
tersebut menawarkan kualiti yang boleh dipercayai pada harga yang mereka
gemari,” kata EncikLauridsen.
Menurut Pengarah Jenama Korporat, Kesihatan
& Kecantikan,The Dairy Farm
Company, Puan Segolene Defline, langkah berani Guardian untuk mengutamakan
produk-produk jenama korporatnya dijangka mendapat sambutan yang
memberangsangkan daripada pengguna. Ini kerana ia menawarkan aspek terbaikdalam
produk-produk klasik dan trend baru di seluruh rantau ini untuk semua peringkat
umur serta kategori produk.
“Apabila membangunkan produk-produk ‘Guardian
Corporate Brand’, kami sentiasa
mempertimbangkan keperluan para pengguna. Pada masa yang sama peka dengan trend
kesihatan dan kecantikan global. Produk-produk kami dibangunkan dengan
mengambil kira apakah trend seterusnya dalam industri kesihatan dan kecantikan.
Jadi, pengguna akan sentiasa mempunyai produk-produk yang selari dengan trend terkini dari segi kandungan,
material, teknologi dan inovasinya. “Semua ini kemudian digabungkan dengan
komitmen kami terhadap aspek jaminan kualiti, ujian dermatologi dan jaminan
pulangan semula wang. Sebab itulah kenapa pengguna terus mendapatkan
produk-produk jenama korporat Guardian,” kata PuanDefline.
Guardian bekerjasama dengan para pengeluar
terkemuka dan menggunakan formulasi inovatif dalam semua bentuk pembangunan
serta pengilangan produk jenama korporatnya.
Semua produk penjagaan kulit dan badan
Guardian telah diuji secara dermatologi. Ia terbukti mempunyai kualiti terbaik
untuk memberi penjagaan dan keyakinan kepada para penggunanya.
Menurut Ketua Jaminan Kualiti, Jenama
Korporat, Kesihatan & Kecantikan, The Dairy Farm Group, Cik Sarol Lin,
Guardian telah membangunkan sistem pengurusan Tiga Langkah Kualiti demi memastikan semua produk jenama korporatnya
dapat menawarkan kecemerlangan, keselamatan, kualiti serta mematuhi peraturan
yang telah ditetapkan.
“Semua pembekal mesti melepasi audit kilang
profesional pihak ketiga sebelum mendapat kelulusan untuk mengeluarkan produk
Guardian. Pemeriksaan kualiti dan keselamatan mandatori akan dijalankan sebelum
produk dipasarkan. Akhir sekali, semua pembekal akan dipantau menerusi audit
kilang pihak ketiga secara berterusan. Pemeriksaan dan pengawasan akan
dijalankan ke atas produk-produk di kedai bagi memastikan ia konsisten serta
selamat,” jelas Cik Lin.
Pakar Residen Perubatan Kulit di
Life Care Diagnostic Medical Centre, Dr. Sharon Gopalan,memberitahu tentang
ketenangan minda yang boleh ditawarkan oleh produk yang telah diuji dan
terbukti secara dermatologi untuk orang ramai.
“Apabila satu-satu produk itu telah diuji dan terbukti
secara dermatologi, ia bermakna ujian tampal telah dijalankan ke atas kulit
manusia tanpa sebarang masalah keradangan atau tindak balas yang negatif.
Produk yang boleh digunakan tanpa masalah merupakan pilihan lebih selamat,
terutama apabila mencuba produk baharu,” kata Dr. Sharon.
“Para pengguna perlu sedar tentang jenis dan
kondisi kulit mereka sebelum menggunakan mana-mana produk. Jenis dan kondisi
kulit boleh berubah mengikut usia, hormon, diet dan banyak faktor lain. Produk
yang sesuai digunakan sebelum ini mungkin tidak lagi sesuai pada peringkat usia
berbeza,” tambahnya.
Jenama gergasi produk
kesihatan dan kecantikan ini turut memperkenalkan pelekat“Recommended
by The Toughest Users”sebagai satu bentuk kempen
yang membuktikan penambahbaikan terhadap hampir 500 produk SKU ‘Guardian
Corporate Brand’. Ia
merangkumi produk-produk Bayi & Kanak-kanak, Mandian & Badan,
Kertas, Kapas & Wipes, ‘Oral’&
Pisau Cukur, ‘Mask’ Muka dan kategori
produk kesihatan.
Pelekat itu menunjukkan bahawa
semua produk “Guardian Corporate Brand” telah menjalani tiga langkah jaminan
kualiti Guardian. Di samping jaminan ketenangan minda kerana rangkaian produk
terpilih itu sudahpun diuji dan terbukti dari segi dermatologi. Semua produk “Guardian
Corporate Brand” hadir bersama jaminan pulangan semula wang yang jelas
membuktikan keyakinan Guardian terhadap kualiti dan keselamatan produknya mampu
memenuhi kepuasan pengguna.
Guardian akan menganjurkan kempen“Recommended
by The Toughest Users” yang memberi manfaat kepada
tiga profail penggunanya. Mereka terdiri daripada wanita bujang yang mempunyai
citarasa tersendiri, para ibu yang bergaya dan mementingkan kualiti serta
golongan lelaki yang menitikberatkan penampilan mereka. Kunjungi cawangan
Guardian berhampiran anda dan dapatkan katalog bulan April untuk mengetahui
perincian promosi ini.
Mengenai Guardian Malaysia
Bermula sebagai kedai menjual produk farmaseutikal
seluas 200 kaki persegi yang memberi khidmat kepada komuniti ekspatriat, ia
kemudian bertukar menjadi peneraju rantaian jualan runcit Farmasi, Kesihatan
dan Kecantikan di Malaysia, Guardian kini mempunyai lebih dari 420 buah kedai.
Ia menawarkan pelbagai produk Farmaseutikal, Kesihatan dan Kecantikan
kepada lebih 3 juta pelanggan di Malaysia sebulan di seluruh negara.
Komitmen Guardian terhadap keperluan para pelanggannya
turut diserlahkan melalui pasukan ahli farmasi yang berdedikasi dengan
menawarkan khidmat nasihat dan rundingan profesional. Guardian komited terhadap
tabdir urus korporat yang berpegang kepada tanggungjawab dan etika pada setiap
masa.
Guardian juga menjalankan aktiviti sumbangan korporat
dan percaya terhadap usaha menyumbang kembali kepada masyarakat. Guardian
meraikan kejayaannya selama empat dekad dengan berjanji untuk menyumbang kepada
aktiviti yang bermanfaat. Ia melibatkan diri dalam usaha-usaha yang
membantu menyedia serta mempromosikan aspek penjagaan, pembangunan dan
kesejahteraan komuniti setempat. Di samping menyokong program-program yang
membantu mereka yang memerlukan terutama golongan wanita dan kanak-kanak.
Mengenai Dairy Farm
Dairy Farm merupakan peneraju peruncitan di pasaran
pan-Asia. Pada 30 Jun 2016, Kumpulan, Rakan Niaga dan Usahasama mengendalikan
lebih 6,500 cawangan serta menggaji lebih 180,000 orang pekerja. Ia mencatatkan
jumlah jualan keseluruhan lebih AS$17 bilion pada tahun 2015.
Kumpulan ini beroperasi di bawah beberapa jenama
terkenal melibatkan empat divisyen. Jenama-jenama utama termasuklah:
Makanan
· Supermarkets –
Wellcome di Hong Kong, Taiwan dan Filipina, Yonghui di China, Cold Storage di
Singapore dan Malaysia, Giant di Malaysia, Indonesia dan Singapora, Hero di
Indonesia
· Hypermarkets –
Giant di Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei dan Vietnam, Yonghui di China
· Convenience
stores – 7-Eleven di Hong Kong, Singapura, Selatan China dan Macau;
Kesihatan dan Kecantikan
· Mannings di
Greater China,Guardian pasaran Asia lain dan Rose Pharmacy di Filipina
Perhiasan Rumah
· IKEA di Hong
Kong, Taiwan dan Indonesia;
Restoran
· Maxim’s di Hong
Kong, China dan Vietnam.
Dairy Farm International Holdings Limited ditubuhkan
di Bermuda dan disenaraikan di London Stock Exchange sebagai senaraian
utamanya, dan senaraian kedua di Bermuda dan Singapura. Perniagaan kumpulan
diuruskan dari Hong Kong oleh Dairy Farm Management Services Limited menerusi
pejabat serantaunya. Dairy Farm ialah ahli Jardine Matheson Group.