1. LANGKAWI, 25 Mac - Pameran Promosi dan Kerjaya TLDM sempena Pameran
Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2017 (LIMA ’17) mendapat sambutan
luar biasa apabila merekodkan jumlah pengunjung lebih dari 7,000 orang sejak ia dibuka
pada 21 Mac bertempat di Resorts World Langkawi.
2. Tema pameran yang telah dipilih ialah “Today For Tomorrow”. Pameran ini
bertujuan memberikan peluang kepada masyarakat untuk lebih mengenali TLDM secara
langsung. Pelbagai aktiviti pameran diadakan sepanjang LIMA’17 termasuk persembahan
pancaragam dari negara sahabat iaitu Tentera Laut Filipina dan Tentera Laut Sri Lanka,
Drumline Pancaragam Pusat TLDM, pertunjukan pakaian seragam, pameran misil,
pameran senjata api kecil, pertunjukan Kawad Senyap dan pameran oleh Pasukan Khas
Laut (PASKAL).
3. Disamping itu, segmen pameran pada kali ini juga telah disusun agar dapat
memberi peluang kepada pengunjung memahami pengoperasian TLDM secara
keseluruhannya.dimensi operasi di daratan, atas permukaan, bawah permukaan dan
ruang udara adalah fokus kepada pameran ini. Buat julung kalinya gambaran konsep
tentera laut masa hadapan dipertontonkan.
4. Pada masa yang sama, tapak pameran Segmen Maritim LIMA ’17 sehingga kini
telah menerima sambutan hebat apabila lebih daripada 54,000 pengunjung telah datang
melawat dan juga berpeluang melawat kapal-kapal TLDM dan kapal tentera laut asing
yang dibuka untuk lawatan umum setiap hari secara percuma.