TIPS PERJALANAN BERSAMA AIRASIA

Nasihat Perjalanan AirAsia: Tiba lebih awal, daftar masuk sendiri dan pra-tempah apa yang diperlukan
Ikuti tips ini untuk pengalaman perjalanan yang lebih lancar menjelang cuti persekolahan

Musim cuti persekolahan minggu hadapan bakal menyaksikan peningkatan penumpang di lapangan-lapangan terbang utama yang AirAsia dan AirAsia X beroperasi, terutamanya di KLIA2 dengan lebih 40,000 tetamu sehari.

Para tetamu digalakkan untuk mengikuti tips ini untuk pengalaman perjalanan yang lebih lancar:

Tiba lebih awal
Semua tetamu disarankan untuk tiba di lapangan terbang sekurang-kurangnya tiga (3) jam sebelum waktu berlepas untuk penerbangan AirAsia, dan sekurang-kurangnya empat (4) jam sebelum untuk penerbangan AirAsia X. Oleh kerana kesesakan dijangka akan berlaku di imbasan keselamatan, kaunter pengimbas bagasi, dan di kaunter Imigresen semasa musim cuti ini, tetamu dinasihatkan melengkapkan proses daftar masuk bagasi dan terus ke pintu pelepasan seawal yang mungkin.

Kaunter daftar masuk bagasi tutup 1 jam sebelum waktu perlepasan bagi kesemua penerbangan AirAsia dan AirAsia X.

Daftar Masuk Sendiri
Daftar masuk melalui laman web, mudah alih atau kiosk di lapangan terbang seawal empat belas (14) hari sebelum penerbangan anda, sehingga satu (1) jam sebelum berlepas untuk penerbangan AirAsia, dan sehingga empat (4) jam sebelum berlepas bagi penerbangan AirAsia X. Para tetamu juga akan dapat melihat tempat duduk mereka semasa melakukan daftar masuk sendiri melalui web, dan boleh memilih tempat duduk (Pick-A-Seat) jika ingin memilih tempat duduk yang digemari.

Pick-A-Seat boleh dilakukan di AirAsia 'Manage My Booking’' di laman web sebelum melakukan daftar masuk sendiri melalui web.

Tetamu yang terbang bersama AirAsia X juga boleh memilih untuk berada di Quiet Zone, atau menikmati tempat duduk Premium Flatbed yang mempunyai pelbagai jenis faedah.

Pra-tempah apa yang diperlukan
Para tetamu yang bercadang untuk daftar masuk bagasi adalah digalakkan untuk pra-tempah peruntukan bagasi mereka. Pra-tempahan bagasi akan memberi penjimatan berbanding dengan membayar untuk bagasi di kaunter lapangan terbang. Log masuk ke ‘Manage My Booking’ untuk menambah peruntukan bagasi di airasia.com sehingga empat (4) jam sebelum masa yang dijadualkan berlepas.

AirAsia dan AirAsia X ingin mengingatkan semua tetamu yang hanya satu beg cabin (berdimensi 56 x 36 x 23cm, termasuk pemegang dan roda) dan satu beg komputer riba atau beg tangan (berdimensi 40 x 30 x 10cm ) dibenarkan atas kapal. Jumlah berat kedua-dua beg yang dibenarkan tidak harus melebihi 7kg.

Selain itu, para tetamu juga boleh pra-tempah makanan mereka sehingga dua puluh empat (24) jam sebelum waktu penerbangan mereka bagi penerbangan AirAsia dan AirAsia X. Hidangan Kombo SANTANmempunyai sehingga 15 pilihan makanan, dan setiap hidangan kombo hanya RM10 termasuk minuman percuma bagi penerbangan AirAsia, dan hanya RM15 bagi penerbangan AirAsia X.

Barangan bebas cukai juga disediakan untuk pra-tempah di bigdutyfree.com sehingga empat puluh lapan (48) jam sebelum waktu penerbangan untuk tetamu yang menggunakan khidmat AirAsia (kod penerbangan AK). AirAsia BIG Duty Free mempunya lebih daripada 100 pililhan dan barangan bebas cukai akan dihantar terus ke tempat duduk tetamu apabila di-pra-tempah.  Terdapat juga diskaun 15% ke atas semua pembelian atas talian bagi jumlah pembelian RM100 dan ke atas dengan kod promo: M15RCH. Kod promosi ini sah sehingga 31 Mac 2017. Pada penerbangan AirAsia terpilih, para tetamu juga boleh menikmati ROKKI - Wi-Fi portal yang menawarkan hiburan dalam penerbangan secara percuma.

Untuk maklumat lanjut berkenaan promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila layari Twitter (AirAsia) dan Facebook (AirAsia).
Previous Post Next Post