APA YANG UNIK DI CASTELLA CAFE, GERIK, PERAK

Perjalanan sejauh 345KM dari Kuala Lumpur ke Gerik, Perak Darul Ridzuan jika melalui perjalanan yang mempunyai Tol. Dan 463KM jika melalui perjalanan lama. Castella Cafe yang terletak di Kg Padang Stang, Mukim Kerunai Gerik, Perak, adalah cafe yang menyediakan menu makanan ala kampung (melayu-pattani) resepi tradisional Melayu Hulu Perak, dengan berkonsepkan berkelah. Agak unik dan berlainan. 

Seringkali kami membaca peringatan bahawa jika ingin ke Castella Cafe, pelanggan mesti membuat tempahan dahulu. Jadi kami bertanya kepada pemiliknya Encik Mohd Isa b Mohammed Ramli, 42 atau lebih dikenali sebagai Tok Janggut Puthih (ini kerana janggut dia memang putih pun), kenapa perlu ditempah dahulu.  


Menu-menu Castella Cafe adalah menu Masakan Ala Kampung (resepi tradisional Melayu Hulu Perak). Ada antara menu-menu ini yang perlu dimasak dengan jangkamasa yang lama. Penyediaan adalah unik dari segi bekas buluh yang digunakan untuk hidangan berkuah. Dan Tok Janggut hanya akan menyediakan hidangan mengikut tempahan yang ada. Jadi adalah penting jika tempahan dibuat dahulu sebelum ke Castella Cafe untuk elakkan kekecewaan tidak dapat merasa hidangan mereka dan merasa konsep santai berkelah ditepi sungai. 


Tok Janggut memulakan perniagaan dengan menjual 'buah potong' secara kecil-kecilan, sebelum memulakan perniagaan Ikan Pekasam (yang masih lagi berjalan). Disinilah timbulnya idea untuk memulakan Castella Cafe berkonsep berkelah ditepi sungai. Mulanya hidangan disediakan diatas para-para, bersila menjamu selera ala kampung. Kemudian Tok Janggut mengubah lokasi makan sambil berendam kaki didalam sungai. Dan sekarang diatas batang buluh. 


Bahan utama di Castella Cafe adalah ikan-ikan sungai yang segar-segar seperti Ikan Sebarau, dan lain-lain. Pelbagai menu yang disediakan antara yang menjadi kegemaran pelanggan Castella Cafe, 



  • Sambal Air Lawa
  • Gulai Ikan Baung atau Sebarau 
  • Ikan Masak Sakai
  • Kijang Masak Sakai
  • Ikan Kelah Bakar 
  • Nasi Daun Benban @ Nasi Buluh (dimasak selama 2 jam didalam buluh)
* kesemua hidangan berkuah, uniknya, akan disediakan didalam buluh. 
* tambahan jenis ikan selain sebarau (talapia, tenggalan, kelaba)

Ada juga penginapan bajet yang disediakan untuk mereka yang datang dari jauh, yang ingin merasa penginapan kampung ditepi sungai. Disini kami diberitahu bahawa Tok Janggut sentiasa ada menemankan pelanggan beliau jadi kalau perlukan apa-apa, beliau ada untuk membantu. 


Jika hendak merakit, atau pelampung, disediakan sekali dan cajnya telah dimasukkan kedalam  pakej makan juga.  Aktiviti memancing juga ada tetapi tangkapannya mungkin jeniz yang kecil. 


Tok Janggut juga nembuat sendiri perkasam yang dari ikan sungai. Harganya RM15 sebalang. Pekasam yang dibuat adalah yang terbaik kerana bila digoreng, hasilnya sangat garing. Jadi siapa nak pekasam Tok janggut boleh hubungi no dibawah.

Untuk sebarang tempahan/maklumat sila whatsapp: 011-2050 3454

FB: Castella Cafe 
FB: Tok Janggut Puthih   

MENU CASTELLA CAFE






PENGINAPAN BAJET CASTELLA CAFE



PEKASAM TOK JANGGUT



Previous Post Next Post