Varian Baharu Berikan Pelbagai Kebaikan
Yang Sesuai
Dengan Keperluan Pengguna
|
Gedung
farmasi juga peruncit barangan kesihatan dan kecantikan terbesar Malaysia, Guardian,
sedang meluaskan koleksi penjagaan rambut dan badan popular Minyak Argan serta
Minyak Zaitun Dara Organik Botaneco Garden bagi memberikan pengguna lebih
kebaikan yang memenuhi kesesuaian mereka.
Dijual pada harga
mampu milik, barisan ini dirumuskan untuk para pelanggan yang mahukan ciri-ciri
organik dan penyelesaian kecantikan yang disahkan mesra alam bagi melindungi
mereka daripada bahan kimia yang berbahaya.
Barisan
Botaneco Garden telah diuji secara dermatologi dan terbukti, mengandungi
formulasi yang bebas daripada parabens, silikon, sabun, pewarna, lanolin, DEA,
SLS dan SLES. Ia diperkaya dengan Minyak Argan Organik dari Maghribi dan Minyak
Zaitun Dara dari Sepanyol yang disahkan 100% eko. Produk-produk
ini tidak diuji ke atas haiwan.
Dos
asid lemak yang tinggi dalam minyak Argan seperti Omega-6,
Omega-9, vitamin A, tocopherol dan asid linoleik boleh memberi ketenangan pada kulit,
anti penuaan, anti oksida dan memberi kelembapan pada kulit.
Minyak argan juga membantu rambut kelihatan lebih bersinar; mengurus kekusutan dan
menguatkannya. Selain itu, membantu rambut untuk mudah diurus dan mengurangkan rambut
daripada putus, kusut dan terbelah di hujung rambut1.
Minyak zaitun pula sarat dengan anti-oksida
seperti squalene,
yang dikenali dengan khasiatnya untuk kesihatan kulit yang membantu proses
anti-penuaan. Ciri-ciri
perapian minyak zaitun pula membantu melembapkan kulit kepala.
Produk-produk
baharu Botaneco Garden ini dinamakan mengikut kebaikan fungsi-fungsi iaitu ‘Replenishing’, ‘Moisturising & Nourishing’, ‘Smooth & Shiny’ untuk penjagaan rambut; ‘Nourishing’, ‘Radiant’ dan ‘Skin Repair’ bagi rangkaian penjagaan badan.
BARISAN PENJAGAAN RAMBUT
Keseluruhan barisan penjagaan rambut Botaneco Garden dirumuskan
dengan formulasi bebas silikon. Silikon sering digunakan dalam produk-produk
penjagaan rambut terutamanya dalam perapi bagi memberikan ilusi sementara
rambut licin dan bersinar bak sutera. Bagaimanapun,
penggunaan kerap produk-produk rambut yang mengandungi silicon akan menyebabkan
rambut terasa melekit; kusam dan sukar untuk digayakan.
Oleh itu, para pengguna perlu mencari produk penjagaan
rambut yang formulasinya bebas silikon seperti yang ditawarkan Botaneco Garden bagi
melembapkan serta memberikannya khasiat bagi mendapatkan rambut yang
benar-benar sihat.
‘Replenishing’
Untuk Rambut Yang Halus, Rata dan Nipis
Barisan
‘Replenishing’ Minyak Argan dan
Minyak Zaitun Dara Organik Botaneco Garden terdiri daripada syampu dan perapi
yang dirumus khas untuk membantu mengembalikan rambut keadaan sihat.
Kedua-duanya diperkayakan dengan 4X perapi rambut dan kulit kepala yang penting
– Jus Aloe Vera, Ekstrak Batang Buluh, Vitamin E serta Vitamin B5 dan Mentega
Shea yang masing-masing terkandung dalam syampu dan perapi.
‘Moisturising
& Nourishing’
Untuk Rambut Normal atau Kering
Barisan
‘Moisturising & Nourishing’
Minyak Argan dan Minyak Zaitun Dara Organik Botaneco Garden amat sesuai untuk
mereka yang mempunyai rambut normal atau kering. Syampu, perapi dan serumnya
boleh digunakan secara bersama atau berasingan untuk mengembalikan dan menyimpan
lembapan. Syampu dan perapinya digabungkan dengan 4X perapi rambut dan kulit
kepala minyak Argan, minyak zaitun, glycerin dan ekstrak bunga raya.
‘Smooth
& Shiny’
Untuk Rambut Lurus, Kusut atau Kusam
Barisan
syampu, perapi dan serum rambut ‘Smooth
& Shiny’ Minyak Argan dan Minyak Zaitun Dara Organik Botaneco Garden dicipta
untuk keperluan mereka yang berambut kusut atau kusam yang mahu meluruskannya;
mengurangkan statik serta memudahkan pengurusannya. 4X Perapi penting dalam
serum adalah minyak Argan, minyak zaitun, minyak Abyssinia dan vitamin E. Bagi
mendapatkan keputusan yang terbaik, gunakan kaedah tiga langkah ini - syampu,
perapi dan serum setiap hari untuk mendapattkan rambut yang licin dan kelihatan
bersinar.
BARISAN PENJAGAAN BADAN
‘Nourishing’
Cecair
mandian; krim tangan dan mentega badan ‘Nourishing’
amat sesuai untuk semua jenis kulit. Krim tangan dan mentega badan mengandungi
4X pelembap penting termasuklah jus Aloe Vera, ekstrak batang buluh, mentega
Shea dan vitamin E untuk mendapat pengalaman kulit yang dimanjakan dan wangi.
Cecair mandian ‘Radiant exfoliating bath’
boleh digunakan secara bersendirian atau sebagai set penuh rejim kecantikan
Botaneco Garden. Ia membersihkan kulit dengan lembut bagi mengeluarkan kulit
mati agar kulit kelihatan
cantik, sihat dan bersinar. Ia mengandungi 4X pelembap penting termasuklah
jus Aloe Vera; ekstrak batang buluh, vitamin E dan glycerin. Ia sesuai
digunakan setiap hari.
Untuk kulit kering atau yang sangat
kering, Losyen Badan Minyak
Argan & Minyak Zaitun Dara Organik Botaneco Garden adalah
penyelesaiannya. Losyen ini kaya dengan 10X pelembap termasuklah minyak Jojoba,
minyak bunga matahari, jus Aloe Vera, ekstrak batang buluh, mentega Shea,
vitamin E, minyak Abyssia, ekstrak bunga raya, ekstarak bunga ‘Rosa Canina’ dan ekstrak bunga ‘Sweet Violet’. Ia membantu menghidratkan
dan memberi khasiat pada kulit lalu menjadikannya segar sepanjang hari walaupun
di ruang pejabat paling sejuk.
Pengarah Jenama Koporat, Kencantikan
& Kesihatan, The Dairy Farm Company, Puan Segolene Defline berkata,
“Barisan Minyak Argan & Minyak Zaitun Dara Organik Botaneco Garden adalah
tawaran penjagaan rambut dan badan paling popular kami. Kami menambah varian
baharu kepada barisan ini selepas memahami dengan teliti keperluan dan kehendak
pelanggan disamping memastikan kualiti dan harga yang terjaga. Para pelanggan
yang celik eko akan mendapati barisan Botaneco Garden menawarkan semua
keperluan mereka.”
Harga* dan cara mendapatkannya
Pelihara
alam semulajadi dengan rejim kecantikan anda dengan koleksi tambahan Minyak
Argan dan Minyak Zaitun Dara Organik Botaneco Garden. Ia boleh didapati secara
eksklusif di cawangan Guardian di seluruh negara dan e-stor di pautan https://online.guardian.com.my. Harga
bagi produk-produk ini berada antara RM11.40 hingga RM27.90.
Mengenai Guardian Malaysia
Bermula sebagai kedai menjual produk
farmaseutikal seluas 200 kaki persegi yang memberi khidmat kepada komuniti
ekspatriat, ia kemudian bertukar menjadi peneraju rantaian jualan runcit
Farmasi, Kesihatan dan Kecantikan di Malaysia, Guardian kini mempunyai lebih
dari 420 buah kedai. Ia menawarkan pelbagai produk dan servis berkualiti
Farmaseutikal, Kesihatan dan Kecantikan kepada lebih 31 juta consumer di
seluruh negara.
Komitmen Guardian terhadap keperluan para
pelanggannya turut diserlahkan melalui pasukan ahli farmasi yang berdedikasi
dengan menawarkan khidmat nasihat dan rundingan profesional. Guardian komited
terhadap tabdir urus korporat yang berpegang kepada tanggungjawab dan etika
pada setiap masa.
Guardian juga menjalankan aktiviti sumbangan
korporat dan percaya terhadap usaha menyumbang kembali kepada masyarakat.
Guardian meraikan kejayaannya selama empat dekad dengan berjanji untuk
menyumbang kepada aktiviti yang bermanfaat. Ia melibatkan diri dalam
usaha-usaha yang membantu menyedia serta mempromosikan aspek penjagaan,
pembangunan dan kesejahteraan komuniti setempat. Di samping menyokong
program-program yang membantu mereka yang memerlukan terutama golongan wanita
dan kanak-kanak.
Mengenai Dairy Farm
Dairy Farm merupakan peneraju peruncitan di
pasaran pan-Asia. Pada 30 Jun 2016, Kumpulan, Rakan Niaga dan Usahasama
mengendalikan lebih 6,500 cawangan serta menggaji lebih 180,000 orang pekerja.
Ia mencatatkan jumlah jualan keseluruhan lebih AS$17 bilion pada tahun 2015.
Kumpulan ini beroperasi di bawah beberapa
jenama terkenal melibatkan empat divisyen. Jenama-jenama utama termasuklah:
Makanan
Supermarkets
Wellcome di Hong Kong, Taiwan dan Filipina, Yonghui di China,
Cold Storage di Singapore dan Malaysia, Giant di Malaysia, Indonesia dan
Singapora, Hero di Indonesia
Hypermarkets
Giant di Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei dan Vietnam,
Yonghui di China
Convenience stores
7-Eleven di Hong Kong, Singapura, Selatan China dan Macau;
Kesihatan dan Kecantikan
Mannings di Greater China, Guardian pasaran Asia lain dan Rose Pharmacy di
Filipina
Perhiasan Rumah
IKEA di
Hong Kong, Taiwan dan Indonesia;
Restoran
Maxim’s
di Hong Kong, China dan Vietnam.
Dairy Farm International Holdings Limited
ditubuhkan di Bermuda dan disenaraikan di London Stock Exchange sebagai
senaraian utamanya, dan senaraian kedua di Bermuda dan Singapura. Perniagaan
kumpulan diuruskan dari Hong Kong oleh Dairy Farm Management Services Limited
menerusi pejabat serantaunya. Dairy Farm ialah ahli Jardine Matheson Group.