Menawarkan hadiah wang tunai
bernilai
RM20,000 untuk 14 kru yang bersaing
dalam pertandingan melukis grafiti
‘live’
|
Barisan produk penjagaan diri halal nombor 1 Malaysia, Antabax bakal menganjurkan Pertandingan Grafiti
Antabax POWER 2017 yang akan menjelajah maksud sebenar “POWER” Malaysia melalui
seni jalanan.
Pertandingan bertemakan “POWER” Malaysia ini bakal mencabar pentafsiran “POWER”
Malaysia para artis grafiti, rakyat Malaysia serta semangat Malaysia
sebagaimana yang mereka fahami. “POWER” dalam konteks ini menggambarkan
kedinamikan, tenaga dan semangat keremajaan Malaysia dalam menyambut ulang
tahun kemerdekaannya yang ke-60.
Pertandingan Grafiti Antabax POWER 2017 ini
diadakan dengan kerjasama Balai Seni Negara.
Grafiti terdiri daripada tulisan mudah sehingga
lukisan terperinci pada permukaan dinding. Seni ini telah wujud sejak zaman
dahulu di mana bentuk modennya yang kebiasaannya dilukis menggunakan cat
semburan kini telah menjadi satu bentuk seni yang sah.
Malaysia mempunyai
gerakan seni bawah tanah yang meriah selain artis-artis yang diiktiraf di
peringkat global. Seni jalanan merupakan satu tarikan awam dan pelancong di
kawasan-kawasan warisan, pusat-pusat bandar dan melalui festival-festival jalanan
yang menjadi pendorong kepada artis-artis tempatan dan luar negara mencipta
motif-motif ikonik yang wajib dilawati.
Pertandingan ini menawarkan hadiah yang
dipercayai antara yang termewah bagi pertandingan jalanan di negara ini. Jumlah
hadiah keseluruhan mencecah RM20,000 dengan pemenang pertama, kedua dan ketiga
masing-masing bakal menerima hadiah-hadiah wang tunai bernilai RM7,500, RM4,500 dan RM2,500 serta 11 hadiah
saguhati bernilai RM500 setiap satu. Sebagai tambahan, setiap kru akan menerima
subsidi bekalan cat semburan, topeng muka dan juga hamper Antabax bernilai
RM200.
Pertandingan ini akan dibahagikan kepada dua yang mana penyertaan boleh
dibuat secara dalam talian bermula dari 24 Julai hingga 24 Ogos di laman
Facebook Antabax fb.com/NewAntabax.
14 daripada penyertaan dalam talian berkenaan
akan disenarai pendek oleh sebuah panel yang dianggotai oleh pasukan Antabax,
pakar-pakar seni Balai Seni Negara dan seorang artis jalanan Malaysia misteri.
Kesemua 14 pasukan berkenaan akan bersaing dalam pertandingan grafiti yang akan
berlangsung selama 5 jam di perkarangan Balai Seni Negara di Kuala Lumpur untuk
menghasilkan karya sebesar 8 kaki kali 8 kaki yang menggambarkan tafsiran “POWER”
Malaysia masing-masing.
Tarikh pesaingan akhir akan diumumkan tidak lama
lagi.
Penilaian akhir akan berdasarkan hasil seni yang telah disiapkan menggunkan
cat semburan di persaingan akhir, dan bukannya penyertaan yang kemasukan dalam
talian.
Pertandingan ini bakal menjadi acara pertama di bawah kempen Antabax
POWER. Antabax merupakan jenama penjagaan diri kebanggaan Malaysia yang
dikenali dan diiktiraf para pengguna, serta mempunyai barisan produk yang meluas.
Ia menawarkan pembersihan lembut yang membasmi 99.9% kuman bagi memberikan
penggunanya perlindungan antibakteria 24 jam.
Pengurus Jenama Kanan, Jabatan Penjagaan Rumah dan Peribadi, Bahagian
Pemasaran Lam Soon Edible Oils Sdn. Bhd., Mandy Lee berkata, kempen Antabax POWER memberi gambaran mengenai Antabax
sebagai jenama kebanggaan negara yang membangun dengan pantas dalam kategori
penjagaan antibakteria peribadi[2].
“Antabax merupakan jenama yang masih muda dalam
kategori penjagaan antibakteria peribadi, tetapi ia telah menunjukkan “POWER”
yang menakjubkan dalam pembangunan dan penerimaan terhadap kami. Inilah
sebabnya mengapa jenama kami dikaitkan dengan kedinamikan, keremajaan dan kuasa
– set kualiti yang dapat dapat dilihat pada grafiti dan seni jalanan. Seiring
dengan sambutan kemerdekaan Malaysia yang ke-60, kami merasakan ini masa yang
tepat untuk meraikan “POWER” Malaysia melalui seni yang menggambarkan jiwa
jenama kami.
“Kru-kru perlu menzahirkan “POWER” Malaysia ini
serta menerapkan tandatangan Antabax ke dalam karya-karya kerana kami mahu
menjadikan jenama ini sebahagian penting di Malaysia,” jelas beliau.
Balai Seni Negara ditubuhkan pada tahun 1958
oleh Perdana Menteri pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman. Galeri ini bermula
dengan hanya empat hasil seni yang kini menjadi pameran tetapnya. Sehingga hari
ini, terdapat lebih 4,347 hasil seni yang ditempatkan
secara kekal di galeri tersebut. Ia merupakan hab pengumpulan hasil seni; kraf
serta barangan kebudayaan juga aktiviti kebudayaan,
Pengarah Balai Seni Negara, Prof. Datuk Dr. Mohamed
Najib Ahmad Dawa berkata, pertandingan berkenaan merupakan peluang besar untuk
memberikan kefahaman kepada orang ramai mengenai grafiti selain memberikan para
artisnya satu ruang baharu bagi menunjukkan bakat mereka kepada kumpulan
penonton yang lebih besar.
“Pertandingan ini akan menarik perhatian yang banyak
di Malaysia dan kami amat teruja untuk menjadi tuan rumah kepada mereka sewaktu
menunjukkan kemahiran, kebijaksanaan dan bakat yang dperlukan untuk menjadi
antara yang terbaik dalam kalangan artis jalanan Malaysia. Kami amat berbesar
hati menjemput semua untuk alami hari yang diperkasakan dengan tujahan adrenalin
dan kegembiraan,”
Untuk menghantar penyertaan, anda boleh hantarkan
karya anda melalui laman Facebook dipaut fb.com/NewAntabax. Anda digalakkan
membaca dengan teliti terma dan syarat kami.
Mengenai Lam Soon Edible Oils
Sdn Bhd
Lam Soon Edible Oils Sdn. Bhd. (Lam Soon) adalah
pengeluar bagi pelbagai produk penjagaan kesihatan, barangan keperluan rumah
dan makanan yang terkemuka di Malaysia sejak tahun 1950an. Dalam kategori
barangan keperluan rumah dan penjagaan diri, produk berkualiti yang dihasilkan
termasuk sabun kecantikan May, sabun Fruitale FairWhite UV, sabun antibakteria Antabax, rangkaian kebersihan
rumah ZIP seperti cecair pencuci pinggan mangkuk, pencuci lantai, pencuci
mangkuk tandas, pembersih dalam bentuk serbuk dan krim, cecair pencuci pinggan
mangkuk Labour, dan cecair pencuci pinggan mangkuk mesra alam bio-home.
Sebagai jenama isi rumah terkemuka dan dipercayai,
Lam Soon beriltizam untuk menghasilkan produk yang berkualiti untuk gaya hidup
sihat dan rumah yang lebih bersih.
Tags
LIFESTYLES