PENANTIAN PEMINAT DIGIMON DI MALAYSIA

 

KUALA LUMPUR, 31 Januari 2021 – Penantian peminat Digimon di Malaysia kini terubat apabila Bandai, syarikat permainan gergasi Jepun telah melancarkan permainan LCD eletronik Digimon yang pernah popular di Malaysia sekitar hujung 90-an. Permainan yang diberi nama Digivice ini adalah permainan yang membolehkan pemainnya membela raksasa eletronik yang dipanggil Digimon dan bertarung sesama pemain lain.

Menurut pengasas kelab hobi Digimon, Encik Muhammad Hafidz Bin Selamat, para pemain Digimon di Malaysia memang sangat teruja apabila pihak Bandai mengumumkan untuk melancarkan kembali permainan ini.
“Digivice adalah gajet wajib milik sekiranya anda peminat tegar Anime Digimon. Bermain permainan ini sememangnya menggamit memori sewaktu berada di bangku persekolahan.

Tambahnya Digivice yang dilancarkan kali ini adalah versi yang sudah ditambah baik berbanding versi yang telah dikeluarkan pada tahun 1999 dan juga tahun 2015. Untuk versi yang baru ini, pemain dapat bermain dengan lebih karakter Digimon pilihan berbanding versi yang sebelum ini.
Lebih mengagumkan lagi, pemain Digimon kini boleh mengimbas gelombang alatan eletronik seperti telefon pintar, televisyen dan juga skrin komputer riba anda untuk bermain.

“Walaupun bertarung Digimon memerlukan 2 orang pemain, namun untuk Digivice, anda boleh bermain permainan ini secara sendiri. Terdapat fungsi permainan dalaman berupa misi-misi tertentu yang perlu diselesaikan pemain bagi mendapatkan lebih karakter Digimon.”

Bagi Digivice versi 2021, penambahan karakter baru adalah adalah sebab utama mengapa ia wajib dimiliki. Dalam kalangan ahli kelab Digimon sendiri, lebih dari 500 unit telah terjual sebaik dibuka untuk pra-tempahan pada bulan Oktober 2020.

Dengan pelancaran Digivice 2021 ini, ahli kelab Digimon-Digi Destined Malaysia telah bercadang untuk mengadakan pertandingan Digimon seperti tahun sebelum-sebelum ini sebaik sahaja Kerajaan menamatkan Perintah Kawalan Pergerakkan PKP.

Mengenai Digi-Destined Malaysia

Digimon-Digi Destined Malaysia, sebuah kelab hobi yang bertemakan permainan raksasa eletronik telah menjangkau usia 6 tahun penubuhan sejak tahun 2015. Bermula dengan hanya 4 orang ahli, Digimon-Digi Destined Malaysia yang lebih dikenali sebagai DDM oleh ahli nya kini sudah mempunyai hampir 10 ribu orang ahli.

Digimon adalah sejenis permainan eletronik yang memerlukan 2 orang pemain. Konsep permainan ini adalah pemain akan memelihara raksasa eletronik pilihan mereka, dan apabila raksasa mereka yang dikenali sebagai Digimon mencapai tempoh tertentu, mereka akan bertarung.
 
Untuk butiran lanjut mengenai Digimon-Digi Destined Malaysia, layari https://www.facebook.com/groups/DigimonDigiDestinedMalaysia
Previous Post Next Post